Wednesday, 2 October 2013

Telur Sambal



Bahan-bahan ( 3-4 orang )
·         4 biji telur (direbus, buang kulitnye dan digoreng bulat2 dahulu)
·         6 ulas bawang merah
·         3 ulas bawang putih
·         5 sb cili kering kisar/ cili boh (kurang/ lebih ikut suka)
·         segenggam ikan bilis/ udang kering (direndam dlm air)
·         1 bawang besar - potong bulat
·         1 batang serai - diketuk
·         sedikit air (optional)
·         garam secukup rasa
·         minyak masak

Cara-cara
1.               Tumbuk bawang merah, bawang putih hingga lumat. Masukkan ikan bilis/ udang kering dan tumbuk lagi.
2.               Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3.               Masukkan serai dan bawang besar...tumis sekejap. Perasakan dgn garam secukupnye. Tambah sedikit air jika mahu.
4.               Akhir sekali, masukkan telur yang telah direbus dan digoreng tadi. Gaul sebati. Padamkan api.
5.               Sedia dihidang panas bersama nasi putih.
***Bg mrk yang minat telur goreng...boleh goreng biasa/ dadar telur itu terlebih dahulu. Boleh adjust kuantiti bahan2 yg diperlukan...;) 

Tuesday, 1 October 2013

Bubur kacang hijau



Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )
·         minyak masak-1 sudu besar
·         kacang hijau-250 g
·         gula- 2 cawan (bergantung pada individu, hendak manis tambah lagi gula)
·         air- 1 liter
·         halia- 2 inci (ketuk/hiris nipis) (kacang hijau boleh menyebabkan angin, halia boleh membantu mengurangkan angin dalam badan)
·         santan- 500ml/0.5 kg
·         sagu-100 g (kalau suka boleh lebihkan lagi)
Cara-cara
1.               Rebus kacang hijau sehingga empuk bersama halia, daun pandan dan minyak masak(minyak masak boleh mempercepatkan kacang empuk)
2.               Apabila kacang sudah empuk (untuk mengetahui kacang sudah empuk atau tidak boleh ambil sedikit dan dipicit atau dirasa, jika boleh dimakan bermakna ia sudah empuk) masukkan gula dan sagu. Biarkan ianya mendidih

3.               Selepas mendidih, bolehlah dimasukkan santannya. Kacau sehingga mendidih dan barulah boleh diangkat.

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api



Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )·         800gm/ sekilo siput sedut (basuh & buang hujungnya)
·         3 ulas bawang merah *
·         2 ulas bawah putih *
·         1 inci kunyit *
·         5 biji cili padi (ikut suka) *
·         1 mangkuk santan
·         1 kiub pati ikan bilis
·         1 keping asam gelugor
·         1 batang serai diketuk
·         sehelai daun kunyit (hiris nipis)
·         garam secukupnya
Cara-cara1.               Masukkan siput yang sudah dibersihkan & dibuang hujungnya ke dlm periuk dan tuangkan santan.
2.               Tumbuk lumat bahan2 yang ditanda * dan masukkan ke dlm periuk tadi.
3.               Masukkan juga kiub ikan bilis & serai. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana supaya santan tidak pecah minyak.
4.               Sentiasa kacau perlahan supaya santan tidak berketul. Setelah hampir 5 minit masukkan asam keping & perasakan kuah garam secukupnya.
5.               Masak lagi selama 2 minit kemudian tutup api & taburkan daun kunyit. Sedia utk dihidang..
6.               Nota: boleh gantikan kunyit dengan cekur/cengkur.. begitu juga dgn daunnya.. 



Kepah Masak Cili Api



BAHAN - BAHAN
- 500 gram kepah
- 3 sudu myk sayur
- 3 sudu kecil cili merah
- 1 sentimeter halia dikopek dan dihiris halus
- sebatang serai
- 2 ulas bawang merah dihiris
- 1/4 sudu jus limau
- 1/4 cawan santan
- garam secukup rasa
*CARA MEMASAK
1) Masukkan 3 sudu myk sayur ke dalam kuali dan tumis bahan seperti 3 sudu kecil cili merah,1 sentimeter halia, serai dan bawang merah yang dihiris nipis.
2) Masukkan kepah ke dalam bahan yg ditumis tadi kacau hingga rata.
3) Kemudian masukkan 1/4 cawan santan ke dalam bahan tersebut, kacau bahan tersebut agar santan tdk pecah.
4) Seterusnya masukkan 1/4 sudu jus limau ke dalam kepah masak cili api gaul hingga rata dan masukkan garam secukup rasa.
5) Padamkan api kerana kapah masak cili api sudah siap utk disajikan.


Pizza Maggie



*Bahan - bahan
Kalau hedak mencampurkan bahan lain pun boleh ikut cita rasa sendiri.
>Kalau hendak msak untuk 3 or 5 org mkn bahan tersebut di lebihkan :
 - Telur  1 biji
- Maggie 1 paket
- Lada cili 5 biji dihiris nipis
- Bawang besar 1 biji dihiris nipis
*Cara memasak :
1) Telur 1 biji dipecahkan masuk ke dalam manggkuk,selepas itu masukkan perencah maggie ke dalam telur campurkan lada cili yang sudah dihiris dan masukkan bawang.
2) Seterusnya rendam maggie dgn air sejuk supaya maggie tidak kembang,jgn rendam dgn air panas coz maggie cepat kembang.
3) Buang air yang direndam tadi,masukkan maggie ke dalam bahan 6ber 1.
4) Selepas itu masukkan myk ke dalam kuali sedikit dan biarkan seketika.
5) Seterusnya hidangkan pizza maggie yang telah disiap.
6) Hmmm sdapnya...



Sunday, 29 September 2013

JOB PERFOMANCE

SOALAN 1 - 10 

1. Senaraikan 2 kebaikkan dan keburukkan penilaian Kaedah Gred Pusing Ganti ( Cross Grading Method). 
2. Jelaskan bagaimana anda menggunakan Kaedah Taburan Paksa ( Forced Ranking Method ). 
3. Jelaskan bagaimana anda membentuk skala penilaian berasaskan kelakuan. ( BARS ) 
4. Jelaskan masalah yang harus dielak semasa membuat penilaian prestasi. 
5. Huraikan kelebihan dan kekurangan Penilaian Prestasi. 
6. Berikan 2 sebab pretasi kerja perlu dinilai. 
7. Senaraikan 6 ciri - ciri siapa yang patut menilai ? 
8. Huraikan definisi kaunseling ? 
9. Di dalam sesebuah organisasi , ada 3 jenis kaunseling yang biasa digunakan, terangkan ? 
10. Pada pendapat anda , perlukah Penilaian Prestasi ini perlu ada di sesetiap organisasi, Mengapa ? 

JAWAPAN 1 - 10  

1- a) Kenalpasti pekerja yang tertinggi dan terendah untuk ciri yang dicukur seperti ketepatan masa, komitmen kerja dan sebagainya. 
     b) Pilih yang kedua tinggi dan kedua rendah, berselang antara yang tertinggi dan terendah sehingga semua pekerja dinilai telah digredkan. 
2- Ianya serupa dengan lengkuk gred .Melalui kaedah ini, peratus yang ditetapkan terlebih dahulu untuk calon yang dinilaikan diletakkan dalam kategori prestasi. 
3- Ukuran yang lebih tepat : Pekerja yang lebih banyak mengetahui tentang sesuatu kerja dan keperluaannya adalah lebih layak untuk membentuk BARS. 
 - Piawai yang lebih jelas : Ciri - ciri penilaian berskala dapat menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan prestasi baik, sederhana dan sebagainya. 
4- Piawai tidak jelas. 
  - Kesan Halo. 
  - Kecenderungan memusat. 
5- Kekurangan : Gagal mencapai matlamatnya kerana pekerja tidak diberitahu terlebih dahulu dengan tepat apa yang dimaksudkan dengan maksud prestasi kerja yang baik. Oleh itu, gagal kerana masalah berkaitan dengan borang atau prosedur yang patut digunakan semasa menilai prestasi. 
Kelebihan : Membandingkan prestasi kerja yang sebenar dengan piawai yang telah ditetapkan dan memberi maklum balas. 
6- a) Penilaian memberi maklumat yang boleh menjadi asas untuk keputusan kenaikkan pangkat dan gaji. 
    b) Merupakan sebahagian daripada proses perancangan kerjaya berdasarkan pelan menurut kekuatan dan kelemahan yang ditunjukkan. 
7- a) Penyelia terdekat. 
    b) Rakan sebaya. 
    c) Jawatankuasa penilaian. 
    d) Penilaian diri. 
    e) Penilaian oleh pekerja. 
    f)  Pandangan dalam penyelidikan. 
    g) Maklum balas 360 darjah. 
8- Satu proses interaksi bersemuka diantara kaunselor ( pengurus ) dan klien yang matlamatnya kearah melahirkan insan yang akan kenal diri, masalah kehidupannya dan cuba mengatasi dengan menggunakan kemampuan yang ada pada dirinya. 
9- a) Kaunseling kerjaya : Ianya mambantu individu ke arah perkembangan kerjaya. 
    b) Kauseling peribadi : Masalah peribadi termasuk masalah harian, keluarga, anak - anak dan persekitaran dapat ditangani. 
    c) Kauseling tempat kerja : Merujuk kepada permasalahan yang timbul akibat daripada faktor - faktor tempat kerja. Kebisaanya menjurus kepada masalah tekanan motivasi, hubungan rakan sekerja, pegawai atasan dan bebanan tugas. 
10- Pada pendapat saya, penilaian prestasi ini perlu ada disetiap organisasi, kerana pekerja perlukan maklumbalas tentang perkembangan semasa, dimana penilaian memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan maklumbalas tersebut.Sebelum penilaian dibuat, pastikan objektif penilaian prestasi  dijelaskan kepada para pekerja supaya mereka mengetahui hala tuju jabatan. Alat penilaian pretasi merangkumi skala penilaian grafik, kaedah Pengredan Pusing Ganti, Kaedah Taburan Terpaksa, BARS, MBO dan Kaedah Kejadian Kritikal. Walau bagaimanapun, kemungkinan semua pekerja mahu keterangan atau contoh jelas, sebab mereka dinilai tinggi atau rendah. Oleh itu, pengumpalan rekod kejadian kritikal positif dan negatif amat berguna. Meskipun anda diminta untuk merumuskan penilaian dalam bentuk skala penilaian grafik, namun satu senarai kejadian kritikal amat berguna.

Thursday, 19 September 2013

INFORMATION DATABASE PROCESSING

SOALAN 1 - 10

1. Terangkan dengan huraian maksud fail simpanan ( backup ) ?
2. Berikan 2 kegunaan fail simpanan ( backup ) ini ?
3. Terangkan kepentingan penggunaan fail simpanan ini ?
4. Terangkan maksud " storage media " ?
5. Senaraikan 5 jenis " storage media " ?
6. Senaraikan 3 jenis virus jenis " worm " ?
7. Apakah yang dimaksudkan dengan " Trojan Horse " ?
8. Apakah yang dimaksudkan dengan grafik ?
9. Terangkan dan perincikan apa yang dimaksudkan dengan maintainen komputer ?
10. Senaraikan 4 asas yang terdapat dalam fungsi matematikal di dalam " database ?

Jawapan 1 - 10

1. Maksud fail simpanan merupakan satu proses penyimpanan semula maklumat penting bagi menghindari ianya daripada hilang.
 ( h4ckingtutors.blogspot.com)
2. - Penggunaan Pangkalan Data dalam Bank dan Institusi Kewangan.
    - Penggunaan Pangkalan Data dalam Bidang Pendidikan.
 ( Azreen.blogspot.com )
3. - Backup data adalah salah satu proses menyalin sesuatu data yang terdapat di dalam komputer kepada suatu tempat yang lain.
    - Data - data yang salin adalah seperti nota,data sesebuah organisasi,lagu cerita mahupun segala fail software yang terdapat di dalam sesebuah komputer.
   ( h4ckingtutors.blogspot.com )
4. Maksud storage media ialah alat penyimpanan maklumat yang menjadi pendua kepada penyimpanan data.
  ( People.bu.edu )
5. a. Floppy Disk.
    b. CD & DVD.
    c. USB Flash Drive.
    d. Hard Drive.
    e. Memory Card Reader.
  ( people.bu.edu )
6.  a- Rantai Email Massive.
     b- Menghapus fail.
     c- Mencuri informasi
  ( www.amazine.com ) 
7. Trojan Horse atau yang lebih dikenal sebagai Trojan dalam keamanan komputer merujuk kepada sebuah bentuk perangkat lunak yang mencurigakan dapat merosak sebuah sistem.
( htp.id.wikipedia.org/wiki/Trojan ) 
8. Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia.
( paim.multimedia.blogspot.com )
9. Kaedah penyelian dan penjagaan komputer yang betul termasuklah pembersihan ( cleaning ) dan pengujian ( testing ) yang sistematik dan berjadual supaya untuk memastikan komputer sentiasa dalam keadaan baik dan memanjangkan jangkahayat komputer bagi menggurangkan atau mengelakkan kos.
( juruteknik.komputer.blogspot.com )
10. a- Penyimpanan, pengambilan dan perubahan data.
      b- Katalog yang dapat diakses pemakai.
      c- Mendukung transaksi.
      d- Melayani kontrol concurrency.
      e- Melayani autorisasi.
      f- Mendukung komunikasi data.
      g- Melayani intergriti.
( intan2607.blogspot.com )