Tuesday, 1 October 2013

Bubur kacang hijau



Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )
·         minyak masak-1 sudu besar
·         kacang hijau-250 g
·         gula- 2 cawan (bergantung pada individu, hendak manis tambah lagi gula)
·         air- 1 liter
·         halia- 2 inci (ketuk/hiris nipis) (kacang hijau boleh menyebabkan angin, halia boleh membantu mengurangkan angin dalam badan)
·         santan- 500ml/0.5 kg
·         sagu-100 g (kalau suka boleh lebihkan lagi)
Cara-cara
1.               Rebus kacang hijau sehingga empuk bersama halia, daun pandan dan minyak masak(minyak masak boleh mempercepatkan kacang empuk)
2.               Apabila kacang sudah empuk (untuk mengetahui kacang sudah empuk atau tidak boleh ambil sedikit dan dipicit atau dirasa, jika boleh dimakan bermakna ia sudah empuk) masukkan gula dan sagu. Biarkan ianya mendidih

3.               Selepas mendidih, bolehlah dimasukkan santannya. Kacau sehingga mendidih dan barulah boleh diangkat.

No comments:

Post a Comment