Wednesday, 2 October 2013

Telur Sambal



Bahan-bahan ( 3-4 orang )
·         4 biji telur (direbus, buang kulitnye dan digoreng bulat2 dahulu)
·         6 ulas bawang merah
·         3 ulas bawang putih
·         5 sb cili kering kisar/ cili boh (kurang/ lebih ikut suka)
·         segenggam ikan bilis/ udang kering (direndam dlm air)
·         1 bawang besar - potong bulat
·         1 batang serai - diketuk
·         sedikit air (optional)
·         garam secukup rasa
·         minyak masak

Cara-cara
1.               Tumbuk bawang merah, bawang putih hingga lumat. Masukkan ikan bilis/ udang kering dan tumbuk lagi.
2.               Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3.               Masukkan serai dan bawang besar...tumis sekejap. Perasakan dgn garam secukupnye. Tambah sedikit air jika mahu.
4.               Akhir sekali, masukkan telur yang telah direbus dan digoreng tadi. Gaul sebati. Padamkan api.
5.               Sedia dihidang panas bersama nasi putih.
***Bg mrk yang minat telur goreng...boleh goreng biasa/ dadar telur itu terlebih dahulu. Boleh adjust kuantiti bahan2 yg diperlukan...;) 

Tuesday, 1 October 2013

Bubur kacang hijau



Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )
·         minyak masak-1 sudu besar
·         kacang hijau-250 g
·         gula- 2 cawan (bergantung pada individu, hendak manis tambah lagi gula)
·         air- 1 liter
·         halia- 2 inci (ketuk/hiris nipis) (kacang hijau boleh menyebabkan angin, halia boleh membantu mengurangkan angin dalam badan)
·         santan- 500ml/0.5 kg
·         sagu-100 g (kalau suka boleh lebihkan lagi)
Cara-cara
1.               Rebus kacang hijau sehingga empuk bersama halia, daun pandan dan minyak masak(minyak masak boleh mempercepatkan kacang empuk)
2.               Apabila kacang sudah empuk (untuk mengetahui kacang sudah empuk atau tidak boleh ambil sedikit dan dipicit atau dirasa, jika boleh dimakan bermakna ia sudah empuk) masukkan gula dan sagu. Biarkan ianya mendidih

3.               Selepas mendidih, bolehlah dimasukkan santannya. Kacau sehingga mendidih dan barulah boleh diangkat.

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api



Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )·         800gm/ sekilo siput sedut (basuh & buang hujungnya)
·         3 ulas bawang merah *
·         2 ulas bawah putih *
·         1 inci kunyit *
·         5 biji cili padi (ikut suka) *
·         1 mangkuk santan
·         1 kiub pati ikan bilis
·         1 keping asam gelugor
·         1 batang serai diketuk
·         sehelai daun kunyit (hiris nipis)
·         garam secukupnya
Cara-cara1.               Masukkan siput yang sudah dibersihkan & dibuang hujungnya ke dlm periuk dan tuangkan santan.
2.               Tumbuk lumat bahan2 yang ditanda * dan masukkan ke dlm periuk tadi.
3.               Masukkan juga kiub ikan bilis & serai. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana supaya santan tidak pecah minyak.
4.               Sentiasa kacau perlahan supaya santan tidak berketul. Setelah hampir 5 minit masukkan asam keping & perasakan kuah garam secukupnya.
5.               Masak lagi selama 2 minit kemudian tutup api & taburkan daun kunyit. Sedia utk dihidang..
6.               Nota: boleh gantikan kunyit dengan cekur/cengkur.. begitu juga dgn daunnya.. 



Kepah Masak Cili Api



BAHAN - BAHAN
- 500 gram kepah
- 3 sudu myk sayur
- 3 sudu kecil cili merah
- 1 sentimeter halia dikopek dan dihiris halus
- sebatang serai
- 2 ulas bawang merah dihiris
- 1/4 sudu jus limau
- 1/4 cawan santan
- garam secukup rasa
*CARA MEMASAK
1) Masukkan 3 sudu myk sayur ke dalam kuali dan tumis bahan seperti 3 sudu kecil cili merah,1 sentimeter halia, serai dan bawang merah yang dihiris nipis.
2) Masukkan kepah ke dalam bahan yg ditumis tadi kacau hingga rata.
3) Kemudian masukkan 1/4 cawan santan ke dalam bahan tersebut, kacau bahan tersebut agar santan tdk pecah.
4) Seterusnya masukkan 1/4 sudu jus limau ke dalam kepah masak cili api gaul hingga rata dan masukkan garam secukup rasa.
5) Padamkan api kerana kapah masak cili api sudah siap utk disajikan.


Pizza Maggie



*Bahan - bahan
Kalau hedak mencampurkan bahan lain pun boleh ikut cita rasa sendiri.
>Kalau hendak msak untuk 3 or 5 org mkn bahan tersebut di lebihkan :
 - Telur  1 biji
- Maggie 1 paket
- Lada cili 5 biji dihiris nipis
- Bawang besar 1 biji dihiris nipis
*Cara memasak :
1) Telur 1 biji dipecahkan masuk ke dalam manggkuk,selepas itu masukkan perencah maggie ke dalam telur campurkan lada cili yang sudah dihiris dan masukkan bawang.
2) Seterusnya rendam maggie dgn air sejuk supaya maggie tidak kembang,jgn rendam dgn air panas coz maggie cepat kembang.
3) Buang air yang direndam tadi,masukkan maggie ke dalam bahan 6ber 1.
4) Selepas itu masukkan myk ke dalam kuali sedikit dan biarkan seketika.
5) Seterusnya hidangkan pizza maggie yang telah disiap.
6) Hmmm sdapnya...