Bahan-bahan ( 3-4 orang )
·
4 biji telur (direbus, buang kulitnye dan digoreng bulat2 dahulu)
·
6 ulas bawang merah
·
3 ulas bawang putih
·
5 sb cili kering kisar/ cili boh (kurang/ lebih ikut suka)
·
segenggam ikan bilis/ udang kering (direndam dlm air)
·
1 bawang besar - potong bulat
·
1 batang serai - diketuk
·
sedikit air (optional)
·
garam secukup rasa
·
minyak masak
Cara-cara
1.
Tumbuk bawang merah, bawang putih hingga lumat. Masukkan ikan bilis/
udang kering dan tumbuk lagi.
2.
Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi
hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3.
Masukkan serai dan bawang besar...tumis sekejap. Perasakan dgn garam
secukupnye. Tambah sedikit air jika mahu.
4.
Akhir sekali, masukkan telur yang telah direbus dan digoreng tadi. Gaul
sebati. Padamkan api.
5.
Sedia dihidang panas bersama nasi putih.
***Bg mrk yang minat telur goreng...boleh goreng
biasa/ dadar telur itu terlebih dahulu. Boleh adjust kuantiti bahan2 yg
diperlukan...;)
No comments:
Post a Comment